Thursday, July 9, 2009

Salam Perpisahan

Salam..Adalah dimaklumkan yang saya akan berpindah ke Pejabat MARA Daerah Jasin berkuatkuasa 13 Julai 2009. Oleh itu, laman blog ini tidak lagi akan menjadi laman blog rasmi LI & Kerjaya IKM Jasin. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua bekas pelajar & pelajar IKM Jasin yang berada di bawah pengawasan saya sepanjang menjalani LI sekiranya ada kesilapan sama ada disengajakan atau sebaliknya. Saya mendoakan yang terbaik untuk anda semua dan kepada para pelajar yang sedang menjalani LI, semoga menjalani LI dengan jayanya dan mendapat keputusan LULUS. All the best & May God Bless. InsyaAllah.


Salam Ukhwah,

Fazul bin Jamaludin
Pegawai MARA Daerah Jasin

Monday, July 6, 2009

Terima Kasih!

Thursday, July 2, 2009

Jawatan Kosong : Project Technician & Maintenance Fitters

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Kursus Mekanikal
(Pembuatan, Penyelenggaraan Mesin & Lukisan Rekabentuk)

Terdapat kekosongan jawatan Juruteknik (Projek) & Juruteknik (Senggaraan Mesin) di syarikat berikut :

Segamat Panel Boards Sdn Bhd
Plot 201, Kawasan Perindustrian Segamat II
Mukim Pogoh, 85000 Segamat, Johor

Tel : 07-927 9989 Faks : 07-927 9969
(Attn : Ms. Sue Lim-GM Admin & Sales)
Website : www.spb.com.my

Sila hubungi syarikat terbabit sekiranya berminat.

Wednesday, June 24, 2009

Keputusan Temuduga Jawatan SvA Perodua

Berikut adalah senarai nama bekas pelajar Diploma Teknologi Automotif (DTAF) yang berjaya dalam temuduga jawatan 'Service Advisor' @ SvA Perodua pada 28 Mei 2009 yang lepas. Semua calon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak Perodua dalam masa terdekat dan tarikh lapor diri bagi 'Perodua Apprentice Program' ini adalah pada 1 Ogos 2009. Harap maklum & tahniah kepada bekas pelajar DTAF yang telah terpilih.

1. Mohd Firdaus bin Ramadzan (860517-49-6281)
2. Mohd Azlan bin Mansor (880521-06-5845)
3. Syed Ahmad Syafiq bin Syed Mokhtar (881112-10-5687)
4. Wan Mohd Azri bin Wan Ab Rahman (881201-11-5369)

Thursday, June 18, 2009

Jawatan Kosong : Technician & Welder

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Kursus Mekanikal Pembuatan & Kimpalan

Terdapat 3 kekosongan jawatan 'Technician' & 3 jawatan 'Welder' di Syarikat berikut :

Accupromicron Sdn Bhd
13, 23 & 25 Jalan Nilam, 1/4 Subang High-Tech
Industrial Park, Batu Tiga 40000 Shah Alam, Selangor

Hubungi Pengurus Syarikat ; En. Ajit Ali di talian 012-2216356 bagi tujuan temuduga & pertanyaan maklumat lain yang berkaitan. Gaji pokok adalah RM1200.00, bergantung kepada kelayakan dan pengalaman.

Monday, June 1, 2009

Jawatan Kosong : Technical Assistant (Spray Painting)

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Kursus Baikpulih Badan Kenderaan

Terdapat 3 kekosongan jawatan Pembantu Teknikal (Semburan & Mengecat) di syarikat berikut :

Automagic Sdn Bhd
8, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7
40000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-5511 0229
Faks : 03-5511 0225

Syarikat ini yang berpengalaman dalam bidang baikpulih badan kenderaan menggunakan teknologi SSR iaitu Sprayless Scratch Repair (layari
http://www.ssreurope.com/ bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan teknologi ini).

Bekas pelajar yang berdedikasi, berdisiplin dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang ini digalakkan memohon. Sila hubungi En. Hafiz (019-3303889) atau En. Ben (016-6316738) bagi tujuan menghadiri temuduga.

Monday, May 25, 2009

Temuduga Jawatan 'Service Advisor' Perodua

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Diploma Teknologi Automotif

Pihak Perodua Sales & Services akan mengadakan satu temuduga di IKM Jasin bagi mengisi kekosongan jawatan 'Service Advisor @ SvA'. Butiran lanjut adalah seperti berikut :

Tarikh : 28 Mei 2009 (Khamis)
Masa : 8.30 Pagi (Taklimat & Temuduga)
Tempat : Dewan Syahbandar

Setakat ini, hanya pelajar DTAF yang telah tamat menjalani LI pada 15 Mei 2009 yang memberi pengesahan untuk hadir ke sesi temuduga ini. Bagi bekas pelajar DTAF yang berminat untuk menghadiri temuduga ini, sila hadir ke IKM Jasin pada tarikh berkenaan dengan membawa sijil-sijil yang berkaitan termasuk gambar berukuran pasport & resume.Harap maklum.

Monday, May 18, 2009

Makluman Untuk Pelajar Latihan Industri Sesi Jan-Jun 2009

1) Tarikh penghantaran Buku Log & laporan LI adalah seperti berikut :

Kursus Mekanikal : 20 Mei 2009 (Rabu)
Kursus Automotif : 21 Mei 2009 (Khamis)

2) Tarikh pembentangan Laporan LI bagi Kursus Diploma Teknologi Automotif :

25 Mei 2009 hingga 27 Mei 2009
(Isnin hingga Rabu)

Maklumat lanjut sila rujuk surat edaran.

Saturday, May 16, 2009

Salam Takziah (2)

Mari bersama kita sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Pn. Siti Noorashah Abas (Guru Matematik IKM Jasin) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Mei 2009 yang lepas akibat kemalangan jalan raya. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang solihin. InsyaAllah.

Tuesday, April 28, 2009

Salam Takziah (1)

Adalah dimaklumkan bekas pelajar Kursus Sijil Tek. Mekanikal Pembuatan (STMP) IKM Jasin, Siti Rahmah bt. Mohd Sani (tamat latihan pada Disember 2008) yang berasal dari Merlimau, Melaka telah kembali ke Rahmatullah pada 11 April 2009 yang lalu.

Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Serdang, Selangor. Allahyarham sedang mengikuti pengajian di Semester 1, German Malaysian Institute (GMI).

Marilah bersama kita sedekahkan Al-Fatihah dan berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah .

Friday, April 24, 2009

Jawatan Kosong : Jurukimpal

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Kimpalan

Terdapat kekosongan jawatan jurukimpal di syarikat ini :

Rimba Ramin Sdn Bhd
No. 3, Jalan 3/146, Bandar Tasik Selatan
57000 Kuala Lumpur


Tel : 03-9058 1007
Faks : 03-9058 9007
(En. Azman / En. Husni)

E-mel : career@rimbaramin.com.my / rrsb_hrd@yahoo.com.my
Laman Web : http://www.rimbaramin.com.my/

Bagi yang berminat, boleh menghubungi syarikat terbabit atau terus menghantar surat permohonan beserta resume ke alamat yang dinyatakan (U/P : Jabatan Sumber Manusia).

Monday, April 6, 2009

Jawatan Kosong : Welder & Steel Fabricator

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Kimpalan

Terdapat kekosongan jawatan Jurukimpal & Fabrikator Logam di Perwaja Steel Sdn Bhd. Kekosongan dianggarkan dalam 50 orang.

Jumlah gaji permulaan adalah di antara RM850.00 hingga RM1200.00 bergantung kepada pengalaman dan kelayakan. Selain itu, syarikat ini turut menawarkan imbuhan lain seperti cuti tahunan, elaun, uniform, perubatan percuma, insurans dan faedah-faedah lain yang berkaitan.

Sekiranya berminat, sila hantar permohonan yang disertakan resume, salinan sijil IKM & SPM, salinan K/P dan sekeping gambar berukuran poskad ke :

HR, Personnel Department
Perwaja Steel Sdn Bhd
P.O. Box 61, Kawasan Perindustrian Teluk Kalong
24007, Kemaman, Terengganu

Tel : 09-862 6305
Faks : 09-863 4686

Nota :
Permohonan jawatan ini ditutup pada 15 April 2009. Sila ambil tindakan segera.

Thursday, April 2, 2009

Jawatan Kosong : Draughperson

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk)

Terdapat kekosongan jawatan di syarikat ini :

JWS ENGINEERED TRANSPORT SDN BHD
23E, Worldwide Bussiness Park, Block 2
Jalan Tinju 13/50, Section 13, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-55116575 (Ms.Noni)
Fax: 03-55116585
E-mail: nornoni@loadout.com.my

Keutamaan diberikan kepada calon perempuan dan mahir menggunakan AutoCad. Maklumat lanjut boleh didapati laman web E-kemahiran MARA (klik di bahagian iklan kerja kosong).

Wednesday, March 25, 2009

Jawatan Kosong : GS Technician

Perhatian Kepada Bekas Pelajar Automotif (Diploma & Sijil)

Terdapat kekosongan jawatan General Service (GS) Technician di Persatuan Automobil Malaysia (Cawangan Kuala Lumpur : Jalan Semarak & Bukit Bintang). Sekiranya berminat, sila hubungi :

Pn. Noorliza Abdul Hamid
Tel : 03-2162 5777
Faks : 03-2175 1059
Emel :
liza@aam.org.my atau
layari laman web
aam untuk maklumat lanjut.

Wednesday, March 18, 2009

Pelatih IKM atau Pelajar IKM?

Bermula Bulan Januari 2009, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Kemahiran) MARA telah membuat keputusan untuk tidak lagi mengguna pakai perkataan pelatih bagi merujuk kepada individu-individu yang menjalani latihan di peringkat Diploma & Sijil di KKTM/IKM. Sebaliknya, perkataan pelajar akan digunapakai bagi menggantikan perkataan pelatih KKTM/IKM tersebut. Oleh itu, blog ini akan turut mengguna pakai 'terma pelajar' bagi merujuk kepada anda semua, sama ada bekas pelajar IKM Jasin atau pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (LI). Harap Maklum.

Thursday, March 5, 2009

Jawatan Kosong : Welder

Perhatian Kepada Bekas Pelatih Kimpalan

Terdapat kekosongan jawatan jurukimpal di syarikat ini:

Henikwon Corporation Sdn Bhd
Lot 16, Jalan Teknologi Selangor Science Park 1
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Tel : 03-6140 8000
Faks : 03-6140 8509/8510
e-mel : ongch@henikwon.com

Keutamaan diberikan kepada bekas pelatih yang mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya setahun dan berpengalaman dalam 'Welding (Tig&Mig)'. Sila hubungi Ms. Ong (HR Dept.) untuk maklumat lanjut dan tujuan menghadiri temuduga.

Monday, March 2, 2009

43 Tahun Penubuhan MARA (2)


Lagu WARISAN
(Dedikasi Buat KITA)

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Peribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Telah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa
Majulah Dengan Langkah Perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara

43 Tahun Penubuhan MARA (1)


1 Mac 2009 merupakan ulangtahun penubuhan MARA yang ke-43. Jika diukur dari segi usia, MARA sudah cukup dewasa untuk menempuh pelbagai cabaran yang mendatang. Persoalannya, adakah benar begitu?

Adakah MARA telah berjaya melaksanakan objektifnya iaitu meningkatkan bilangan Usahawan Bumiputera dalam membentuk komuniti perdagangan di Malaysia?

Adakah golongan bumiputera, khususnya kaum Melayu telah berjaya mencipta kejayaan terutamanya dalam bidang ekonomi dan berdiri sebaris dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia?

TIDAK..kita masih jauh ketinggalan..

Mengapa kita ketinggalan? Bukankah bantuan telah diberikan..Malah telah termaktub Hak Keistimewaan dalam Perlembagaan..

Adakah Melayu lemah, tidak berdaya saing dan tidak tajam akal fikiran?

Atau kita masih berangan-angan, lena dalam keseronokan?

Kita sebenarnya terlalu leka, alpa dan lupa..kerana kita terlalu selesa dengan apa yang kita ada sehingga apa yang kita ada semakin berkurang nilainya..

Jangan suatu hari nanti, setelah segalanya tiada dalam genggaman, baru kita terjaga dari lena dan angan-angan..

Kita masih ada masa untuk mengubahnya..

Bangkit, Gerakkan Langkah dan Teruskan Perjalanan..Perkemaskan segala kepincangan..Perbaiki segala kekurangan..Mohon supaya kita terus diberi pedoman.. Agar kita tidak tersesat di hujung jalan..InsyaAllah.

Sunday, February 8, 2009

Majlis Konvokesyen IKM Jasin Tahun 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen IKM Jasin bagi tahun 2009 akan diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka pada 04 April 2009. Surat makluman berkenaan perkara ini akan diedarkan kepada bekas pelatih yang terlibat dalam masa terdekat. Majlis ini hanya akan dihadiri oleh bekas pelatih (diploma & sijil) yang telah berjaya menamatkan latihan di IKM Jasin pada Jun 2008 & Disember 2008 (Lulus semua subjek termasuk LI & Ko-Kurikulum). Harap Maklum.

Friday, February 6, 2009

It's A New Year!

Salam 1430 Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009! All the best & semoga berjaya mencipta kejayaan & menunaikan segala azam yang dirancangkan..InsyaAllah.