Thursday, November 20, 2008

Temuduga Terbuka GMI & UniKL-MFI

Perhatian kepada pelatih-pelatih yang akan menghantar Buku Log dan Laporan LI pada 25/11/2008, German Malaysian Institute (GMI) & Universiti Kuala Lumpur-Malaysia France Institute (UniKL-MFI) akan hadir pada tarikh yang sama di IKM Jasin bagi mengadakan temuduga terbuka untuk kemasukan Sesi Januari 2009. Kepada pelatih yang berminat untuk memohon dan menghadiri temuduga ini, pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut :

1) Gambar berukuran pasport : 2 keping
2) Salinan Kad Pengenalan : 2 salinan
3) Salinan Slip Keputusan Peperiksaan (Sem.1 - Sem.3)
4) Salinan Sijil SPM/SPMV, Sijil Berhenti Sekolah & sijil-sijil lain yang berkaitan
5) Semua sijil asal perlu dibawa bersama & masukkan dalam folder atau fail yang bersesuaian

NOTA :
Bekas pelatih IKM yang telah tamat pengajian juga boleh hadir bagi menghadiri sesi temuduga terbuka GMI & UniKL-MFI ini. Harap Maklum.

Wednesday, November 12, 2008

Makluman Untuk Pelatih Latihan Industri Sesi Julai-Disember 2008

Perhatian :

>Tarikh tamat LI adalah pada 15 November 2008 bagi semua kursus diploma dan sijil kecuali kursus SKEK & SKED yang akan tamat pada 27 Disember 2008. Selain itu, pengecualian ini turut melibatkan pelatih-pelatih yang menjalani LI di UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Sime Darby Engineering Sdn Bhd dan CTRM Automotive Sdn Bhd di mana tarikh tamat LI adalah pada 31 Disember 2008.

>Tarikh penghantaran Buku Log & Laporan LI (Sijil Mekanikal & Automotif) : 25 November 2008 (Selasa) bermula pukul 09.00 Pagi hingga 01.15 Petang di Dewan IKM Jasin.

>Tarikh pembentangan Laporan LI DTAF & penghantaran Buku Log adalah pada 01 Disember 2008 - 03 Disember 2008 (Tarikh & Masa pembentangan bagi setiap pelatih adalah seperti surat edaran)

Sila bagi kerjasama dan hubungi IKM Jasin sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Tuesday, November 4, 2008

Temuduga Jawatan 'Servis Advisor' Perodua

Perodua Sales & Services akan mengadakan temuduga bagi jawatan penasihat servis dan kelayakan bagi jawatan ini adalah sekurang-kurangnya mempunyai diploma dalam bidang automotif. Oleh itu, bekas pelatih DTAF & yang sedang menjalani LI sila hubungi saya untuk mengesahkan kehadiran anda ke temuduga ini.

Tarikh Temuduga : 10/11/2008 (Isnin)
Tempat : PSP Johor Bahru, Johor
Masa : 09.00 Pagi

Tarikh Temuduga : 11/11/2008 (Selasa)
Tempat : PSP Semabok, Melaka
Masa : 09.00 Pagi


Tarikh akhir pengesahan : 07/11/2008 sebelum pukul 04.00 petang.

Nota : PSP = Pusat Servis Perodua

Monday, November 3, 2008

Majlis Sambutan Aidilfitri IKM Jasin 2008

Pada 14 Oktober 2008, IKM Jasin melalui kerjasama BPP telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat IKM Jasin untuk tahun 2008. Pada majlis ini, buat pertama kalinya setiap kursus mengadakan rumah terbuka atau rumah raya di bengkel masing-masing manakala Staf Pentadbiran dan Jabatan Pengajian Am mengadakan rumah terbuka di lobi pejabat IKM Jasin.

Ahli Pengurusan IKM Jasin

Pengarah & T/Pengarah HEP di Khemah VIP

Rumah Raya Pentadbiran & Pengajian Am

Meja VIP

Rumah Raya DTAF

Rumah Raya SKAK

Silat Raya SKAK

Rumah Raya SKAJ

Rumah Raya STBK

Rumah Raya SKED

Marhaban SKED

Rumah Raya SKEK

Rumah Raya STLR

Rumah Raya STMP

Rumah Raya STPM

Rumah Raya STKN