Thursday, November 20, 2008

Temuduga Terbuka GMI & UniKL-MFI

Perhatian kepada pelatih-pelatih yang akan menghantar Buku Log dan Laporan LI pada 25/11/2008, German Malaysian Institute (GMI) & Universiti Kuala Lumpur-Malaysia France Institute (UniKL-MFI) akan hadir pada tarikh yang sama di IKM Jasin bagi mengadakan temuduga terbuka untuk kemasukan Sesi Januari 2009. Kepada pelatih yang berminat untuk memohon dan menghadiri temuduga ini, pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut :

1) Gambar berukuran pasport : 2 keping
2) Salinan Kad Pengenalan : 2 salinan
3) Salinan Slip Keputusan Peperiksaan (Sem.1 - Sem.3)
4) Salinan Sijil SPM/SPMV, Sijil Berhenti Sekolah & sijil-sijil lain yang berkaitan
5) Semua sijil asal perlu dibawa bersama & masukkan dalam folder atau fail yang bersesuaian

NOTA :
Bekas pelatih IKM yang telah tamat pengajian juga boleh hadir bagi menghadiri sesi temuduga terbuka GMI & UniKL-MFI ini. Harap Maklum.

Wednesday, November 12, 2008

Makluman Untuk Pelatih Latihan Industri Sesi Julai-Disember 2008

Perhatian :

>Tarikh tamat LI adalah pada 15 November 2008 bagi semua kursus diploma dan sijil kecuali kursus SKEK & SKED yang akan tamat pada 27 Disember 2008. Selain itu, pengecualian ini turut melibatkan pelatih-pelatih yang menjalani LI di UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Sime Darby Engineering Sdn Bhd dan CTRM Automotive Sdn Bhd di mana tarikh tamat LI adalah pada 31 Disember 2008.

>Tarikh penghantaran Buku Log & Laporan LI (Sijil Mekanikal & Automotif) : 25 November 2008 (Selasa) bermula pukul 09.00 Pagi hingga 01.15 Petang di Dewan IKM Jasin.

>Tarikh pembentangan Laporan LI DTAF & penghantaran Buku Log adalah pada 01 Disember 2008 - 03 Disember 2008 (Tarikh & Masa pembentangan bagi setiap pelatih adalah seperti surat edaran)

Sila bagi kerjasama dan hubungi IKM Jasin sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.

Tuesday, November 4, 2008

Temuduga Jawatan 'Servis Advisor' Perodua

Perodua Sales & Services akan mengadakan temuduga bagi jawatan penasihat servis dan kelayakan bagi jawatan ini adalah sekurang-kurangnya mempunyai diploma dalam bidang automotif. Oleh itu, bekas pelatih DTAF & yang sedang menjalani LI sila hubungi saya untuk mengesahkan kehadiran anda ke temuduga ini.

Tarikh Temuduga : 10/11/2008 (Isnin)
Tempat : PSP Johor Bahru, Johor
Masa : 09.00 Pagi

Tarikh Temuduga : 11/11/2008 (Selasa)
Tempat : PSP Semabok, Melaka
Masa : 09.00 Pagi


Tarikh akhir pengesahan : 07/11/2008 sebelum pukul 04.00 petang.

Nota : PSP = Pusat Servis Perodua

Monday, November 3, 2008

Majlis Sambutan Aidilfitri IKM Jasin 2008

Pada 14 Oktober 2008, IKM Jasin melalui kerjasama BPP telah mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat IKM Jasin untuk tahun 2008. Pada majlis ini, buat pertama kalinya setiap kursus mengadakan rumah terbuka atau rumah raya di bengkel masing-masing manakala Staf Pentadbiran dan Jabatan Pengajian Am mengadakan rumah terbuka di lobi pejabat IKM Jasin.

Ahli Pengurusan IKM Jasin

Pengarah & T/Pengarah HEP di Khemah VIP

Rumah Raya Pentadbiran & Pengajian Am

Meja VIP

Rumah Raya DTAF

Rumah Raya SKAK

Silat Raya SKAK

Rumah Raya SKAJ

Rumah Raya STBK

Rumah Raya SKED

Marhaban SKED

Rumah Raya SKEK

Rumah Raya STLR

Rumah Raya STMP

Rumah Raya STPM

Rumah Raya STKN


Monday, June 16, 2008

Jawatan Kosong : Chargeman & Welder

Perhatian Kepada Bekas Pelatih Elektrik Kuasa (PJE) & Kimpalan

Terdapat kekosongan jawatan juruteknik (elektrik) dan jurukimpal di syarikat berikut;

MOI Foods Malaysia Sdn Bhd
Lot 40, Seksyen 4, Fasa 2A
Pulau Indah Industrial Park
Jalan Sungai Pinang 5/1
42920 Pulau Indah, Selangor

Tel : 03-3101 1133 / Faks : 03-3101 1155
Laman web : http://www.moigroup.com
atau terus kepada 03-3169 3070 (Pn. Norfaisza Ishak)

Hubungi syarikat terbabit sekiranya berminat.

Jawatan Kosong : GS Technician

Perhatian Kepada Bekas Pelatih Automotif (Diploma & Sijil)

Terdapat Kekosongan jawatan juruteknik (mekanik) di syarikat berikut :

Kulis Automobile Sdn Bhd
No.1, Jalan Mutiara 5, Taman Perindustrian Plentong
81750 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-357 9907 / Faks : 07-352 9907
H/P : 019-778 9907 (En. Azemi Basiron)

Untuk makluman, syarikat ini adalah 'authorised dealer' bagi Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd. Sila hubungi syarikat ini sekiranya berminat.

Jawatan Kosong : B&P Technician

Perhatian Kepada Bekas Pelatih Baikpulih Badan Kenderaan

Syarikat ini memerlukan pekerja (Body&Paint),

Erham Auto Services
No.31, Kampung Baru, Teluk Ramunia
81620 Penggerang, Johor
Tel : 07-826 5425 / Faks : 07-826 5609
(baikpulih pengangkutan darat & laut)

Sila hubungi syarikat berkenaan sekiranya berminat.

Jawatan Kosong : Jurukimpal (Welder)

Perhatian Kepada Bekas Pelatih Kimpalan

Terdapat kekosongan jawatan jurukimpal di syarikat ini;

JRM Services Sdn Bhd
No. 31 & 31A, Jalan U6/F
Pusat Perdagangan Subang Permai
Section U6, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel : 03-7847 6014 / Faks : 03-7845 1544

Sila hubungi syarikat terbabit bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan. Untuk makluman, calon yang berjaya akan ditempatkan di Pasir Gudang, Lumut dan Alor Setar.

NOTA :
Syarikat ini mendapat kontrak dari Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd.

Thursday, May 29, 2008

Jawatan Kosong : Technician (Elektrik)

Perhatian Kepada Bekas Pelatih Elektrik (Domestik & Industri)

Terdapat kekosongan jawatan juruteknik di syarikat berikut :

Rokhas Mechanical & Electrical Engineering Sdn Bhd
21, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 85000 Segamat, Johor
Tel : 07-931 8807 / Faks : 07-931 8807

Gaji :
Tempoh percubaan selama 6 bulan (RM35.00 - RM40.00 sehari bergantung kepada pengalaman). Selepas 6 bulan (RM1200.00 bagi yang mahir & RM1000.00 bagi yang separuh mahir). Insentif-insentif lain turut ditawarkan termasuk caruman KWSP & SOCSO.


BORANG PERMOHONAN BOLEH DIDAPATI DI IKM JASIN ATAU TERUS KE ALAMAT SYARIKAT BERKENAAN.

Friday, May 23, 2008

The Beginning! "Salam Hormat"

Buat semua pelatih dan bekas pelatih IKM Jasin..
Assalamualaikum & Salam Sejahtera;
Laman blog ini diwujudkan bagi memudahkan segala maklumat berkaitan dengan Latihan Industri dan Kerjaya (LI & K) disampaikan dengan cepat dan mudah kepada anda semua.. ini berikutan laman web IKM yang sedia ada tidak mampu untuk menampung segala maklumat dan info yang berkaitan dengan LI & K..Blog ini juga mudah untuk dikemaskini kerana ia 100% di bawah kawalan saya..Semoga blog ini dapat memberi manfaat bersama kepada saya dan anda semua.. InsyaAllah..
Fazul Jamaludin (FZJ) @ PPI IKM Jasin